Saturday, March 27, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 2009



Ini gambar seisi keluarga sebelah aku. Dalam gambar itu semua ada ahli keluargaku. Nama ibuku Siti Aminah binti Hj Abdul Rahman. Nama abahku pula Djemiko bin Idris@ Mohd Omar. Nama abahku unik sikit. Lain daripada yang lain. Adik beradikku ada enam orang. 3 lelaki dan 3 perempuan. Yang sulung Mohd Zulkifli, kedua aku sendiri Siti Zaiton, ketiga M.Zubaidi, keempat Mohd Zahwan, ke lima Sitti Zulaikha dan yang bongsu Siti Zahratul Naim. Abang sulungku, aku dan adikku yang ketiga alhamdulillah sudah bekerja. Adik yg keempat masih melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia(UUM). Yang kelima masih belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), di Sg Lang, Sg Air Tawar dan bongsu bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAMT BT 38). Aku, abangku dan Zubaidi sudah pun bekerja sebagai guru.
Pada hari raya tahun lepas kami sekeluarga telah bersepakat untuk memakai baju berwarna ungu pada hari raya pertama. Cuba lihat gambar kami, kan semua sedondon. Cantik tak ? Sambutan Raya tahun 2009 kami sambut dengan meriah lebih-lebih lagi pada tahun tersebut ahli keluarga kami bertambah 2 orang lagi. Mak dan abah mendapat 2 orang cucu baru. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki anakku, Muhammad Aiman Hasif Bin Mohammad Jamil, dan yang perempuan anak adikku Sitti Damia Asila Binti M.Zubaidi.

No comments:

Post a Comment