Sunday, March 28, 2010

Menunggu keretapi untuk melawat zoo melaka

Kami menunggu keretapi penumpang yang digunakan untuk membawa penumpang mengelilingi zoo Melaka. kami tidak sanggup berjalan terutamanya mak. mak tak boleh jalan jauh sebab sakit lutut. Walau apapun memang bestla naik keretapi tu.

Bercuti di Melaka

Kami sekeluarga telah bercuti ke Melaka. Tapi tak semua ahli keluarga ikut. Keluarga abangku tidak ikut sebab kenderaan tiada. Gambar ni diambil ketika kami pergi ke zoo Melaka. Masa ni anak aku baru seorang. Edi pun belum berkahwin. Aku sekeluarga menginap di hotel secara percuma selama 3 hari 3 malam. Kami membawa bahan masakan dan masak kat hotel. Kos penginapan tiada cuma kos untuk makan sahaja. best jugalah bercuti kat sana.

Saturday, March 27, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 2009



Ini gambar seisi keluarga sebelah aku. Dalam gambar itu semua ada ahli keluargaku. Nama ibuku Siti Aminah binti Hj Abdul Rahman. Nama abahku pula Djemiko bin Idris@ Mohd Omar. Nama abahku unik sikit. Lain daripada yang lain. Adik beradikku ada enam orang. 3 lelaki dan 3 perempuan. Yang sulung Mohd Zulkifli, kedua aku sendiri Siti Zaiton, ketiga M.Zubaidi, keempat Mohd Zahwan, ke lima Sitti Zulaikha dan yang bongsu Siti Zahratul Naim. Abang sulungku, aku dan adikku yang ketiga alhamdulillah sudah bekerja. Adik yg keempat masih melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia(UUM). Yang kelima masih belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), di Sg Lang, Sg Air Tawar dan bongsu bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAMT BT 38). Aku, abangku dan Zubaidi sudah pun bekerja sebagai guru.
Pada hari raya tahun lepas kami sekeluarga telah bersepakat untuk memakai baju berwarna ungu pada hari raya pertama. Cuba lihat gambar kami, kan semua sedondon. Cantik tak ? Sambutan Raya tahun 2009 kami sambut dengan meriah lebih-lebih lagi pada tahun tersebut ahli keluarga kami bertambah 2 orang lagi. Mak dan abah mendapat 2 orang cucu baru. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki anakku, Muhammad Aiman Hasif Bin Mohammad Jamil, dan yang perempuan anak adikku Sitti Damia Asila Binti M.Zubaidi.

Thursday, March 18, 2010

my love family










+

keluarga bahagiaku ......